Sunday 8 February 2015

Powerful dua

Bismullah.

"Don't underestimate your parents' duas for you. Their duas are so important that Allah recorded them in the Quran. Ask them to make dua for you... right now."

- Ustaz Nouman Ali Khan

Saturday 7 February 2015

As the number reached 22

Bismillah.

2 minggu yang lalu, umur saya telah genap 22 tahun. I don't know why but I feel a little bit scared. Scared? Maybe. Entah lah.

*tergelak* 

Dahulu, saya sangat tak kisah (I don't even bother...) apabila orang bertanya tentang umur. I felt young. Very young. Pada ketika itu, saya sangat gembira dan terinspirasi untuk menghiasi usia-usia muda dengan kejayaan. Kejayaan apa? Kejayaan mengikut definasi yang saya fahami. Hehe... 

Sejak saya kenal nama Muhammad Al-Fateh ketika usia saya 16 tahun, saya sangat terinspirasi dan 'admire' pada kejayaan beliau menakluk Constantinople dan mengangkat kalimah Allah sebagai yang tertinggi di bumi Rom Timur itu. He was very young at that time. Subhanallah. Later, I was introduced with names as Muaz bin Amru bin al-Jumahi, Muawiz bin Afra', Usamah bin Ziyad and a few others. Setiap daripada mereka betul-betul memberi nilai pada usia muda mereka. They have something to show to Allah. Dengan inspirasi itu, saya bergerak.

Ketika itu, saya gembira kerana saya rasa, saya muda. Dan saya punya peluang untuk cipta kejayaan pada usia-usia seerti mereka. Tapi kini, saya sudah pun melepasi umur ketika mereka mengukir sejarah-sejarah tersebut. 

For the pass 22 years, what have I actually done?

dot.dot.dot.

Pada umur dua puluh dua ini, saya berfikir semula. Saya rasa... saya dah dewasa. I'm no longer a teenager. Pada usia ini, tanggungjawab itu seperti officially telah diletakkan di atas kedua belah bahu saya. Macam bukan lagi sukarela, tapi suatu kemestian.

I think, I should just smile and fulfill all the responsibilities. 

Dear self,

Just be extra smarter. Involve Allah in every single things you do. That's how smart mu'min works. 

Stay focus that Allah's 'reda' is what I want after all. Allah ghoyatuna.

Remember that du'a is the strongest weapon you have. And Allah loves to meet you in your tahajjud.

Love the quran. Read and 'taddabur' every day. It's your guide book, Miss Traveler!

Stay smile and inspire people. 

Remain a cool face. Don't let people know that you're facing difficulties. You're strong after all. 

Speak a good word or remain silent. When you're silent, you actually think more. You know this, don't you?

Be a cool mu'min. Do the right things and be comfortable with it. That's the moment when you're actually COOL!

In short remember this,

  • Allahu ghayatuna
  • Ar-Rasul qudwatuna
  • Al-Quran dusturuna
  • Al-Jihad sabiluuna
  • al-Mautu fi sabilillah asma amanina


- Miss Highlighter

Saya rasa, menulis ini membuatkan saya lebih mengenali diri saya sendiri. In shaa Allah. I should right oftenly and... effectively too.

Sunday 28 December 2014

Kata bidadari kecil "kakak saya tak pandai solat."

Bismillah. 
Dua hari berturut-turut Allah izinkan saya untuk pergi ke Pusat Pemindahan Banjir. Jumaat malam dan Sabtu pagi. Dua tempat yang berbeza, Kuantan dan Pekan. Allah memang hantar saya di sini bukan untuk saja-saja.

Di dua tempat ini, task saya melibatkan anak-anak. Dari yang berumur 4 tahun hingga menengah rendah. Honestly, if Allah tak pilih saya datang ke situ, pada masa banjir ni, entah bila lagi saya dapat peluang untuk mengenali adik-adik ini, pemuda-pemudi ummah...

(sobs)

Bila adik usrah saya, Nabilah (she followed too) cerita pada saya yang adik2 dalam group dia (we divided the children into groups) tak nak solat, tak nak mandi wajib... my heart was like, what? They are 13 years old... It's not only a person... It's more than that.

Okay. Sebenar-benarnya, saya tahu ada remaja Islam yang tak solat, tak puasa... Saya tahu perkara ni wujud juga di sekolah saya dahulu (I studied in schools with many non-muslims)... tahu but I don't expect this many! (sobs)

Tahukah anda bahawa mereka ini ialah aset ummah ini? 
Tahukah anda bahawa mereka ini ialah para pemuda harapan ummah?
Tahukah anda bahawa mereka ini punya tenaga dan punya semangat yang berguna untuk ad-deen ini?

Penerus generasi ini
Masa saya 1st year dulu, muda-muda lagi, heh! Saya duduk di bangku di Stesen Bas Makmur yang sangat klasik di Kuantan. Pada hari itu, saya sedang menunggu bas di tingkat atas. Di situlah saya experience dikenyit mata oleh Mat Salleh! Serious, selepas itu saya nekad untuk berpada-pada dalam nak rasa kasihan kat orang. Err..

Nak dijadikan cerita, dalam kesesakan orang ramai yang nak balik Raya Korban, saya duduklah di situ berseorangan. Sebaris dengan saya ada seorang wanita yang sedang menggendong bayi beserta seorang anak kecil dan dua orang anak perempuannya. Dua orang kanak-kanak ini berumur kira-kira 7 tahun dan 11 tahun. Dua-dua bidadari datang kepada saya, malu-malu. Saya tanya nama mereka dan umur. Selepas itu perkara pertama yang mereka sebut kepada saya ialah, 

"kakak saya tak pandai solat."

Terkebil-kebil saya memandang mereka. Mata saya cuba mencuri pandang mak mereka yang duduk di hujung bangku. Tertanya-tanya jika mak cik itu terdengar kata-kata Si kakak itu.

Entah kenapa dalam banyak-banyak perkara, itu yang mereka katakan kepada saya? Apa saya nampak seperti seorang ustazah pada mereka (saya bertudung labuh hitam ketika itu)? Hati kecil saya kemudian berkata, Allah wants to teach you something today.

So, I listened to their stories.

Melalui cerita mereka, saya dapat tahu Si Kakak menghidapi sakit jantung dan di masukkan ke sekolah khas. Adik bongsu mereka, bayi itu juga menghidapi penyakit yang sama. Kakak sulung mereka yang seusia dengan saya (ketika itu saya berumur 19 tahun) telah berkahwin, mempunyai seorang anak tetapi telah meninggal dunia kerana penyakit jantung. Mereka juga bukan dari keluarga yang senang. Adik-beradik mereka juga ramai dan hanya ayah dan abang ipar mereka sahaja yang bekerja. Kakak dan abang Si Kakak dan Si Adik ini juga tidak berpeluang untuk belajar tinggi.

Saya memandang Si Kakak dan Si Adik. Berfikir. Topik perbualan kami kemudian kembali kepada solat.

Dalam masa yang singkat itu, saya cuba menarik hati dengan bercerita tentang solat kepada mereka. Alhamdulillah, Si Adik ada belajar solat di sekolah. "Ustazah yang ajar", katanya. Si Kakak pula tidak tahu, lalu saya minta agar si adik mengjar al-fatihah kepadanya. Mereka tiada telekung, jadi saya beritahu bahawa mereka boleh solat dengan baju sekolah dan juga waktu-waktu solat.

Perbualan kami itu terhenti apabila mereka perlu bergerak turun ke platform. Mak mereka yang saya sapa sebelum itu, mengajak saya ke kampung mereka di Jengka (destinasi mereka) untuk beraya bersama. Saya senyum.

Mungkin kesusahan yang dihadapi oleh keluarga ini menyebabkan ibu bapa mereka 'terlepas pandang' untuk mendidik anak mereka tentang solat. Tetapi ini hanyalah satu daripada banyak lagi cerita tentang situasi ummah ini.

Hati mereka bersih


Ketika Rasulullah saw menerima tentangan dan seksaan yang sangat hebat oleh penduduk Taif, hampir-hampir sahaja Jibril bertidak menangkupkan mereka dengan bukit-bukit. 

Namun baginda melarang dan berharap bahawa Allah akan mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka (penduduk Taif) itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa menyekutukan Allah sesuatu apa pun.

Semasa saya memandang adik-adik ini, baik dua tahun yang lalu mahupun semalam, saya tahu, insya Allah,perjalanan hidup mereka masih panjanglagi. Saya yakin, pada mereka masih ada harapan.

Kita, rijal-rajal Islam lah yang harus berperanan. 

Biiznillah.


Saturday 25 October 2014

It's not that I want to be called as akhawat.
Instead, I want to work and play the role as akhawat.